Pemisah hidup adalah mati,mati memisahkan ibu dengan ank , isteri dengan suami dan pemisah segala kenikmtan, jadi sama samalah kita beramal agar tidak menyesal kemudian hari.
Pada suatu malam, dalam keadaan hujan lebat, Erlina yang sarat mengandung mencium anak-anaknye yang tengah lena tido,ntah knapa bagaikan itu perpisahan yang terakhir dengan anaknye. Kemudian dia bersalam dengan ibunye sambil meminta maaf. Selepas itu dia masuk ke dalam kereta . Suaminye, Faris memandu kereta itu membelah kelebatan hujan untuk ke hospital. Dia perlu cepat sampai kerana bayi yang dikandung oleh isterinye bila - bila masa sahaja akan keluar melihat dunia sambil itu dia menyabarkan isterinye yang mengerang kesakitan di tempat duduk belakang.
Setibanye tiba di pintu pagar hospital, isterinye segera menyuruh memberhentikan kereta kerana anak mereka sudah selamat dilahirkan dan berada di lantai kereta. Kerana tiada pilihan laen Faris itu terpaksa berhentikan kereta dan meluru membuka pintu belakang dan memang benar bayi itu sudah berada di lantai kereta. Sambil memangku bayi tersebut suami itu menjerit meminta tolong.
Nurse serta doktor keluar dan segera memotong tali pusat bayi berkenaan dan terus memasukkan mereka ke wad.Faris menarik nafas lega, tiba - tiba doktor menyampaikan berita bahawa isterinye perlu dibedah kerana komplikasi darah. Hancur luluh hati si suami..,
Sebelum isterinye dibedah mereka dibenarkan berjumpa...
"abang, jagalah anak - anak kite dengan sebaek baeknye, ampukan dosa saya, , semoga kita berjumpa di sana, Insya Allah.
Itulah pesan terakhir Erlina, Faris hanya mampu menangis,
Setelah tiga jam di dalam dewan bedah,...
"Minta maaf, isteri encik gagal diselamatkan" ketika itu Faris bagaikan terkena panahan petir.
Keesokan harinye, Faris itu membawa jenazah Erlina ke kampung untuk disemadikan, anak mereka yang sulung baru berusia 6 tahun, namun mengerti tentang erti sebuah kematian hanya mampu menangis ,
"ibu,ibu, jangan tinggalkan along, jangan tinggalkan kami," namun apalah yang mampu dilakukan olehnye selaen meraung ditepi pusara ibunye. Faris hanya mampu memeluk anak kecilnye sambil berlinangan air mata melihat pusara isterinye.Namun apakan daya suratan takdir menentukan,
Begitu hidup ini..ad yang pergi tak kembali lagi, jadi hargai orang disisi kita selagi mereka ada terutama ibu dan bapa kerana mereka kita berada didunia ini,Sentisa berbuat baek dan sentiasa bersedia untuk mati.

No comments:
Post a Comment